Sunday, October 31, 2010


Said, anakku, sudah saatnya kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka kepadamu. Teman yang baik yang membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh kau ajak bercinta untuk syurga." Said tersentak mendengar perkataan ayahnya.

"Apa maksud ayah dengan teman yang boleh diajak bercinta untuk syurga?" tanyanya dengan nada penasaran.

"Adalah teman sejati yang dia benar-benar mahu berteman denganmu bukan kerana darjatmu tapi kerana kemurnian cinta itu sendiri yang tercipta dari keikhlasan hati. Dia mencintaimu kerana Allah. Dan dengan dasar itu kau pun boleh mencintainya dengan penuh keikhlasan kerana Allah. Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan dahsyat yang membawa manfaat dan kebaikan. Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa kalian masuk syurga."

No comments:

Post a Comment