Thursday, November 25, 2010


Wanita adalah umpama kuntuman mawar.
Mekar indah dengan pelbagai warna : putih bersih, merah muda, merah menyala dan kuning diraja,
akan tetapi pada setiap penghujungnya,
semua kuntuman mawar itu akan dihidu dan dinilai dengan cara yang sama,
iaitu melalui keharumannya yang semerbak walau apapun warnanya.

Lalu, begitulah juga kita,
pelbagai bentuk tubuh, ketinggian dan paras rupa,
pengakhirannya kita semua memiliki satu ciri yang sama,
kecantikan semulajadi kurniaan Yang Maha Adil lagi Bijaksana.

Namun, jangan sesekali kita lupa wahai Muslimahku,
kecantikan luaran hanya sementara,
kecantikan dalaman yang seharusnya lebih kita jaga dan perhati sentiasa.

Sebaik-baiknya, jika indah rupa luaran pada pandangan manusia,
mudah-mudahan cantik juga ‘jiwa’ di dalam yang lebih di’pandang’ TUHAN Yang Maha Esa.

Sesungguhnya apa yang baik datang dari ALLAH SWT,
sementara yang kurang itu dari kelemahan saya sebagai manusia biasa.

No comments:

Post a Comment