mencari menanti
tanya mereka,tanya dia
masih ingatkah dirinya
jawapan semua hampa
tak tahu,tak kenal,lupa
mencari menanti
terus menerusi
ku cari ke sana sini
rupanya ada saja
tapi hanya tuhan lambatkan pertemuannya
sudah suka malah gembira
dia yang dicari ada
lalu bertanya khabar berita
tak sangka ingat rupanya dia
bertambah bahagia la rasanya
bertukar berita,perkhabaran baru
semua berubah, hanya diri yang rasa sama
bila lama lama menghabiskan masa
perasaan suka sudah bermula
dia juga ada rasa yang sama
ada satu ketika
dia menjadi teman
untuk dijadikan sebagai peperangan
saja bagi rasa cemburu dan hairan
mungkin dari situ telah ada rasa berkenan
panjangkan fikiran,lanjutkan cerita
sudah bertemu,bergini jadinya
hati rasa tak suka,minda kata tak apa
kerna dia rakan juga teman
aku datangkan satu mawar untuknya
berkenalan lalu jatuh cinta
bersama tak bilang harinya beberapa
bahagia la, sudah berpunya
suka la,dunia mereka yang punya
tak mengapa,aku juga suka
tapi bukan ini yang aku mahu sebenarnya
memang benar kata mereka luar sana
kita merancang,tuhan menentukan
pernah aku tanya kepada dia
ada suka kepada mawar disana
katanya tiada ada
akhirnya bersama juga
aku anggap ini semua dusta darinya
aku tunjukan rasa hampa ini,
aku luahkan rasa kecewa ini
agar mereka tahu bahawa mereka salah, juga tak seumpama
mana mungkin mereka bersama kerna aku yang seharusnya
lama lama, biarkan saja
tak mengapa,aku suka
rasa bersalah dalam diri si dia
rasa tak selesa ada pada mawar juga
padan muka
baru mereka rasa apa yang dirasa
bukan dengki,bukan dendam,bukan keji
hanya cemburu yang lama ,
terkena pada diri hamba
tak mengapa,saya suka
ketika, "tak sabar bersua muka,kau orang pertama aku ingin berjumpa "
kini, "kata pada mereka,aku tidak hadir,kita jumpa bersama mawar disana,tak sabar rasanya "
R.H, LAST LONG .
No comments:
Post a Comment