masih tidak faham kamu akan diriku
masih tidak mengerti kamu akan tingkah lakuku
masihkah?
sudahkah kamu kenali diriku
sudahkah kamu puas melihat gerak geriku
sudahkah?
bilakah akan sedarnya kamu dari pejamnya mata mu
bilakah akan merasakan dalam hatimu itu
bilakah?
bagaimanakah harus aku buka pandangan mu dari setiap cara ku
bagaimanakah harus aku beri tahu kamu bahawa aku mahu kamu tahu
bagaimanakah?
aku mudah
aku senang
aku tenang
aku riang
bertahun hidup didunia sama
masih tidak kenal kamu akan diriku
kenapakah?
mungkin wujudku di sini cuma tiada boleh dilihat oleh kamu
benarkah?
No comments:
Post a Comment